Green Bow Tie
twitter
rss




















PENTADBIRAN KELAS

Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan.

Di antaranya ialah :

Jadual waktu kelas / persendirian

Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas.

Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga perlu disediakan ruang – 
ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang
pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.

4.1 Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.
4.2 Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.
4.3 Mengemaskinikan rekod – rekod.
4.4 Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.
4.5 Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa.
4.6 Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.
4.7 Mengemaskinikan sudut – sudut pameran pembelajaran.
4.8 Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan.

PENGURUSAN  KELAS  PEMULIHAN  KHAS 

PENGENALAN

Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira.

TUJUAN

1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya 
    untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.



CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN

Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid  untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

BILIK / KELAS

a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lainseperti kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran pemulihan.

b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat  penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip – prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan 
penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

Let's Learn Malay Alphabet Part 2




Let's  learn Malay Alphabet Part 1

Sudut -Sudut Kelas Pemulihan Saya 






Sudut Kenangan Kelas Pemulihan 

Sudut yang mempamerkan gambar-gambar anak murid saya , aktiviti kelas pemulihan .














Sudut  Hasil  Kerja  Murid 

Sudut yang mempamerkan hasil karya anak murid saya serta laporan aktiviti kelas pemulihan .











Sudut  Mengumpul  Bintang 

Merupakan salah satu program kelas pemulihan saya . Anak murid akan mengumpulkan bintang daripada saya  melalui tugasan kerja dan sikap pembelajaran mereka  . Selepas mengumpul bintang yang  cukupi , murid berkenaan akan  mendapat hadiah pujian .










Sudut  BBM 

Almari ini digunakan untuk meletak semua BBM Kelas Pemulihan .











Menyanyi  sambil  belajar  suku  kata   ^0^


 Aktiviti Bersama Membina Perkataan

Kelas pemulihan telah mengadakan satu aktiviti bagi murid tahun 5 , iaitu Permainan Membina Perkataan bersama rakan-rakan  . Murid-murid akan menjalankan aktiviti ini dalam dua kumpulan , iaitu kumpulan perempuan dan kumpulan lelaki yang merangkumi 4 orang dalam setiap kumpulan . Guru akan memberi dua puluh perkataan yang pernah mereka belajar dan memberi 30 minit  kepada setiap kumpulan membuat ulangkaji terdahulu . Selepas 30 minit , setiap kumpulan akan bergilir-gilir menghantar wakil tampil ke depan dan membina perkataan yang diminta oleh kumpulan yang lain . Setiap perkataan yamg betul ejaan akan diberi satu markah . Kumpulan yang menang akan diberi hadiah . 




  “ Cantiknya Tulisanku”
            

          Kelas pemulihan telah mengadakan aktiviti “ Cantiknya Tulisanku”  bagi murid-murid Tahun 3 dan 4 .  Objektif aktiviti ini ialah dengan harapnya dapat membantu murid-murid mengubahsuai  tulisan mereka . Manakala juga harap dapat meningkatkan keyakinan murid-murid sendiri terhadap tulisan mereka.  Masa yang diambil dalam sepanjang aktiviti sebanyak  satu jam . Murid akan diminta menyalin sajak yang telah dipilih oleh guru dalam kertas . Hasil karya yang kemas serta ejaan yang betul akan dipilih dan dipaparkan dalam papan kenyataan Kelas Pemulihan . 







Ribuan terima kasih kepada Cikgu Suhairi
kerana sudi menjadi pengadil Pertandingan Cantiknya Tulisanku .



Berkongsi sama ~

Marilah menyanyi bersama ^_^


Dalam pasaran, terdapat banyak bahan bacaan dan bahan elektronik sesuai sebagai bahan program LINUS. Tadi saya membuka "Youtube", saya jumpa video ini. Saya rasa amat berguna dan sesuai semasa kelas pemulihan bagi mana-mana pihak mahupun bagi guru dan ibu bapa. Video bawah ini merupakan salah satu bahan bacaan elektronik Bahasa Melayu yang terdapat di pasaran. Semua bahan kad dan buku-buku dalam kit lengkap ini adalah khas untuk kelas pemulihan. Pelajar-pelajar khas dapat mengikut aktiviti yang terdapat dalam kit lengkap ini.

Dalam latihan bawah ini ialah latihan pemulihan huruf vokal. Latihan ialah sebut dan tulisan huruf-huruf, padankan huruf yang sama dan berbeza, warnakan huruf yang sama, padankan huruf besar dan huruf kecil, lengkapkan huruf-huruf. Harap-harap latihan ini berguna dan bermanfaat untuk semua. ^^
Latihan PEMULIHAN HURUF VOKAL




Alat Bantu Mengajar   - BM


Semua BBM yang mengenali BM telah diaturkan di atas almari kecil ini . Terdapat kad imbasan , kad bentuk ayat , buku bacaan dan sebagainya .







Papan Kenyataan Kelas Pemulihan 

Papan Maklumat kelas pemulihan terdapat segala maklumat pemulihan yang terkini seperti data 3M , data pencapaian LINUS , AJK kelas pemulihan , Takwim kelas pemulihan , carta nama anak murid pemulihan dan sebagainya .






Fail- fail  kelas Pemulihan 


Demi dapat menjalankan tugasan guru kelas pemulihan , semua fail ini merupakan rujukan maklumat saya untuk menjalankan segala aktiviti kelas pemulihan . 








Tempat letak kasut 

Semua anak murid saya akan melakkan kasut mereka di atas rak kasut ini sebelum masuk ke kelas . 

Rak kasut ini diperbuat daripada kotak poliester dengan dapat menerapkan konsep kitar semula kepada anak murid .


Pada waktu saya ditugaskan untuk menjadi guru pemulihan, saya terus berasa tertekan tetapi ini merupakan cabaran yang baru.

I MUST SUCCESS....


Saya segera fikir, tugas saya ialah mengajar pelajar-pelajar khas yang belajar di sekolah ini. Saya tahu kerja ini kena ada lebih kesayangan dan kesabaran. Tanggungjawab saya sekarang bertambah berat.
"Apakah langkah pertama untuk menjadi guru pemulihan?" 

Saya kena sedia untuk mencari bahan-bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka. Selain itu, saya juga bersedia untuk membuat kad-kad sendiri bertujuan untuk mengajar mereka dengan cara yang lebih jimat dan kreatif. Tetapi sebelum itu, tempat belajar adalah yang paling penting. Akhirnya, terdapat satu bilik untuk dijadikan bilik pemulihan. Saya berasa sangat besar hati. 

Oleh itu, saya mula-mula mencari alat-alat untuk mengubahsuai bilik itu. Pada waktu lapang, tidak kira selepas waktu sekolah ataupun hari hujung minggu, saya juga akan pergi bilik pemulihan untuk membuat pengubahsuaian. Selepas dapat mencari kerusi meja yang bersesuaian, untuk mempercantik meja dan almari, saya kena guna stapler yang besar untuk menekan kain-kain cantik pada meja dan almari itu. Saya paling ingat, tangan saya terus sakit selepas semua kerja itu siap.

Walaupun saya sudah balik rumah, saya tetap berkeras kerja untuk menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan yang sesuai. Saya memang suka budak-budak kecil dan saya juga berasa mencabar untuk mengajar pelajar-pelajar khas. Saya tahu kesusahan adalah bertambah lagi berbanding dengan mengajar pelajar-pelajar normal. Tetapi, saya tidak akan berputus asa. Saya tetap akan berusaha untuk mengajar mereka sampai mereka faham mahupun sedikit. Sekurang-kurangnya mereka dapat belajar dalam hari itu. Saya bertekad untuk menjadi guru pemulihan yang cemerlang. 


"Adakah anda tahu tentang Program Pemulihan Dalam Komuniti?"
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.
"Marilah kita tahu lebih mendalam tentang PDK ini"
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa ataupun penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa ataupun penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain.
>>Apakah OBJEKTIFNYA?
(i)Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
(ii)Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
(iii)Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
(iv)Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
(v)Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
>>Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model:
(i)Home Based
(ii)Centre Based
(iii)Centre-Home Based
>>Konsep PDK 'One Stop Centre''
PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.
>>Peranan PDK 'One Stop Centre'' :
-Pusat Intervensi Awal OKU
-Pusat Sumber maklumat OKU
-Pusat Rujukan OKU
-Pusat Pendaftaran OKU
-Pusat Advokasi
>>PDKNet???
PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini. Untuk capaian PDKNet, ianya boleh dilayari melalui laman web www.pdknet.com.my
>>Sebenarnya terdapat banyak Program Pemulihan Dalam Komuniti di negeri masing-masing. Contoh-contoh Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK):