Green Bow Tie
twitter
rss

PENGURUSAN  KELAS  PEMULIHAN  KHAS 

PENGENALAN

Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira.

TUJUAN

1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya 
    untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.



CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN

Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid  untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

BILIK / KELAS

a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lainseperti kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran pemulihan.

b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat  penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip – prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan 
penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

4 comments:

  1. Syabas! Penerangan yang sangat jelas.

  1. Terima kasih atas penerangan yang jelas. ^^

  1. nice blog!

  1. Good job!

Post a Comment