Green Bow Tie
twitter
rss


Pada waktu saya ditugaskan untuk menjadi guru pemulihan, saya terus berasa tertekan tetapi ini merupakan cabaran yang baru.

I MUST SUCCESS....


Saya segera fikir, tugas saya ialah mengajar pelajar-pelajar khas yang belajar di sekolah ini. Saya tahu kerja ini kena ada lebih kesayangan dan kesabaran. Tanggungjawab saya sekarang bertambah berat.
"Apakah langkah pertama untuk menjadi guru pemulihan?" 

Saya kena sedia untuk mencari bahan-bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka. Selain itu, saya juga bersedia untuk membuat kad-kad sendiri bertujuan untuk mengajar mereka dengan cara yang lebih jimat dan kreatif. Tetapi sebelum itu, tempat belajar adalah yang paling penting. Akhirnya, terdapat satu bilik untuk dijadikan bilik pemulihan. Saya berasa sangat besar hati. 

Oleh itu, saya mula-mula mencari alat-alat untuk mengubahsuai bilik itu. Pada waktu lapang, tidak kira selepas waktu sekolah ataupun hari hujung minggu, saya juga akan pergi bilik pemulihan untuk membuat pengubahsuaian. Selepas dapat mencari kerusi meja yang bersesuaian, untuk mempercantik meja dan almari, saya kena guna stapler yang besar untuk menekan kain-kain cantik pada meja dan almari itu. Saya paling ingat, tangan saya terus sakit selepas semua kerja itu siap.

Walaupun saya sudah balik rumah, saya tetap berkeras kerja untuk menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan yang sesuai. Saya memang suka budak-budak kecil dan saya juga berasa mencabar untuk mengajar pelajar-pelajar khas. Saya tahu kesusahan adalah bertambah lagi berbanding dengan mengajar pelajar-pelajar normal. Tetapi, saya tidak akan berputus asa. Saya tetap akan berusaha untuk mengajar mereka sampai mereka faham mahupun sedikit. Sekurang-kurangnya mereka dapat belajar dalam hari itu. Saya bertekad untuk menjadi guru pemulihan yang cemerlang. 

0 comments:

Post a Comment