Green Bow Tie
twitter
rss



CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN KHAS

1. Emosi dan Tingkahlaku

  • Perasaan rendah diri.
  • Perasaan risau.
  • Perasaan sedih, hiba atau duka.
  • Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
  • Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
  • Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
  • Pasif.
  • Malas

2. Sosial

  • Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
  • Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
  • Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
  • Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
  • Menangis – enggan masuk darjah.
  • Hyper aktif.

3. Kesihatan

  • Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
  • Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
  • Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
  • Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
  • Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
  • Kurang menjaga kebersihan diri.

4. Kesediaan Belajar

  • Belum bersedia untuk belajar.
  • Perbendaharaan kata kurang.
  • Lemah pemahaman.
  • Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
  • Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5. Pengamatan

  • Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
  • Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
  • Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
  • Lambat mengkelaskan benda.
  • Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
  • Tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
  • Tidak kreatif.
  • Lemah pergerakan dan perbuatan.
  • Lemah daya pemikiran/ingatan.
  • Tidak boleh mengingat kembali.

6. Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas

  1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
  2. Rekod-rekod prestasi
  3. Rekod kesihatan
  4. Kerja-kerja harian murid
  5. Melalui pemerhatian
  6. Punca-punca lain yang diperolehi


MENYUSUN STRATEGI       
  1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
  1. Kenal pasti masalah murid.
  • Kenal pasti punca masalah murid.
  • Menjalin hubungan mesra dengan murid.
  • Menunjukkan penghargaan kepada murid.
  • Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
  1. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
  • pendekatan bermain sambil belajar.
  • teknik bercerita.
  • teknik latih tubi.
  • teknik bersoal jawab.
  • teknik nyanyian.
  1. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
  1. Menjalankan aktiviti pengukuhan.
  1. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.


    CARA MENGENALPASTI MURID-MURID

    1.      Pemerhatian.
    2.      Temubual / soal selidik.
    3.      Hasil kerja murid.
    4.      Pentafsiran rekod prestasi setengah / akhir tahun (Rekod Profil).
    5.      Pentafsiran rekod ujian IPP3M.
    6.      Ujian diagnostik.
    7.      Ujian bulanan.


PENDAHULUAN

    Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.

    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

DEFINISI
Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kagagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

KONSEP
Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

OBJEKTIF
 Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
   i) Menguasai kemahiran asas 3 M.
  ii) Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.
 iii) Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
 iv) Memberi peluang mereka berinteraksi dgn masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.








Aktiviti " Bersama Mencantum "

Sasaran : Murid Linus Pemulihan Tahun 1 ( 6 orang )
Masa    : 60 minit
Kemahiran : Perkataan KV + KVK / KVK+KV   ( suku kata yang tertinggal )
BBM : Kad gambar , kad suku kata , bola ping pong yang telah dituliskan dengan number 
Aktiviti : 1. Murid akan membuat ulangkaji tentang  perkataan  yang telah belajar .
             2. Murid diminta memilih bola ping pong yang telah dituliskan dengan number. 
             3. Number yang telah  dipilih merupakan number soalan yang hendak dijawab .
             4. Murid memiliha kad suku kata yang sesuai dengan kad gambar yang ditunjuk .
             5. Murid melekatkan kad suku kata berkenaan pada kad gambar .
             6. Guru memberi bimbingan kepada murid yang masih lemah .
             7. Semak jawapan bersama  murid .
             8. Latih tubi membaca dan berikan hadiah kecil kepada murid yang berjaya .