Green Bow Tie
twitter
rss


Masalah Gangguan Pendengaran Murid Pemulihan Khas

Gangguan Pendengaran


Mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar dengan jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit dimana bunyi pertuturan didengar lebih perlahan sehingga pada tahap kepekakan yang sangat teruk. Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang :
  • Tidak menoleh kepada sumber bunyi
  • Seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan
  • Membuka tv terlalu kuat
  • Menunjukkan tanda-tanda keliru
  • Tidak memahami pertuturan
  • Meminta percakapan diulang-ulang
  • Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
  • Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan
  • Sukar memahami perbualan di tempat bising
  • Sukar memahami perbualan telefon
  • Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
  • Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
  • Terpaksa memalingkan kepala kearah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengar
Jenis Masalah Pendengaran


Terdapat 3 jenis masalah pendengaran iaitu :

1. Masalah pendengaran konduktif

Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar atau dalam dimana bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisyen kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Contohnya
  • Ketiadaan lubang telinga (atresia)
  • Cuping telinga kecil atau tiada lubang telinga (microtia atau anotia)
  • Sumbatan tahi telinga di salur telinga
  • Jangkitan kuman pada salur telinga
  • Telinga tengah dan gegendang telinga bocor atau pecah.
Kehilangan pendengaran jenis ini selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

2. Masalah Pendengaran Sensorineural


Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat dimana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini juga disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi pendengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah ini tidak dapat dirawat tetapi ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran.
 
3. Masalah Pendengaran Campuran 


Berlau apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir sama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.

Penyebab Masalah Pendengaran


Antara penyebab masalah pendengaran ialah :

• Jangkitan telinga kronik – telinga bernanah

• Faktor keturunan – diwarisi daripada ahli keluarga terdekat

• Kecacatan kongenital

• Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan – contohnya di kilang

• Proses penuaan atau tumor – umur yang semakin meningkat atau tua hilang deria pendengaran

0 comments:

Post a Comment